ORIENTASI FORM 1 2013 (kem tautan silaturahim)

Bismillahirahmanirahim .
Pada 1 Januari 2013 hingga 3 Januari 2013 , telah belangsungnya kem orientasi tingkatan 1 2013 yang dikenali dengan kem tautan silaturahim . Seramai 130 peserta , 15 orang fasilitator , dan 10 orang urusetia yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 2.

Bermacam - macam aktiviti yang telah kami jalankan selama 3 hari 2 malam itu . 


Para peserta berkumpul untuk sesi pembahagian kumpulan dan latihan dalam kumpulan .






Para peserta sedang berada dalam kumpulan untuk sesi ice breaking .







Time to eat ^^




Fasilitator dan urusetia





Banyak pengalaman suka dan duka yang kami lalui bersama sepanjang program itu berlangsung . :)

Orientasi 2013

Pada 16 haribulan Januari 2013 , bersamaan hari Rabu ,  Sekolah kami telah mengadakan Minggu Tautan Silaturahim atau lebih dikenali sebagai Orientasi antara pelajar Tingkatan 1 pengambilan ke-dua bersama Fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 dan selebihnya urusetia Tingkatan 2 dan 3..

Selama berlangsungnya Orientasi ini , kami banyak memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat kepada adik-adik Tingkatan Satu akan cara dan tatasusila kehidupan di asrama.. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menceriakan pelajar Tingkatan Satu ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang antaranya adalah ikat kaki bersama belon , hujan biru , kasutku kasutmu juga , dan pelbagai lagi..


Peserta sedang menunggu aturcara bermula



Peserta sedang berasak mencari kasut masing masing


Peserta dibawa ke dewan makan untuk minum petang


Ceramah di antara waktu solat Maghrib dan Isyak

Minggu Tautan Silaturahim ini berlangsung selama 3 hari di sekitar kawasan sekolah kami iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar , Kota Tinggi , Johor.. 

Walaupun para peserta kelihatan penat akan tetapi muka mereka tetap di hiasi dengan senyuman yang begitu bermakna kepada kami sebagai Fasilitator yang juga telah berhempas pulas mencari idea untuk menggembirakan adik-adik kami ini..


LAWATAN KE LEGOLAND

  Pada 27 Oktober 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar                                        Penawar telah membuat lawatan ke Taman Tema Legoland Malaysia sempena program selepas PMR. Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah disana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membina model robot, melawat ke 'MINILAND' dimana replika Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan lain-lain dibina menggunakan bongkah-bongkah pencantuman...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAMAN TEMA LEGOLAND


.