Cara Menghafal Cepat

Cara untuk dapat menghafal dengan cepat antara lain adalah :
1. Panca InderaDi dalam membaca keterampilan memperhatikan perlu kita pelajari, kerana akan sulit mengingat sesuatu apabila kita tidak memperhatikan dari awal. Dengan menggunakan kombinasi penglihatan (mata), bunyi (telinga), gerak (tangan dan kaki), bau (hidung), dan rasa (lidah), akan menciptakan memori terkuat.
2. Membuat Kesan
cara supaya sesuatu dapat diingat membuat menjadi lebih berkesan, buat kesan objek yang akan kita ingat secara imajinatif dan berlebih-lebihan.
3. Mainkan Emosi
Untuk memainkan emosi dengan membuat kesan yang bermuatan cinta, kebahagiaan, dan kesedihan mudah untuk diingat. Dengan menggunakan kesan dari perasaan hangat, perasaan yang membuat jantung kita berdegup kencang dan memancarkan kebahagiaan, akan membantu memori kita.
4. Imajinasi dan Asosiasi
Pergunakanlah asosiasi dan imajinasi pribadi kita seperti anggota-anggota keluarga kita, rumah kita, pejabat, teman-teman, peristiwa, dan hal-hal yang istimewa bagi kita.
5. Repitisi
Usahakan selalu berkonsentrasi secara penuh pada mata yang sedang dipelajari dan mengulangnya dengan cara yang berbeza dan kreatif seperti mengucapkannya keras-keras dan lebih baik bila dibuat peta minda.
6. Password
Usahakan mengingat bahagian pertama dan terakhir kerana bagian tersebut paling mudah untuk diingat. Buat password untuk bahagian-bahagian tersebut dan jadikan keyword untuk mengingat bahagian-bahagian lain.

Tips belajar saat akhir

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di bawah ini:

Petua

Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.


Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.


Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.


Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.


Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.


Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.


Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

Teknik Berkesan Menghadapi Peperiksaan

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.


JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan
 
 

PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :


Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.



Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.



Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.
 
 

PERSEDIAAN MENTAL


Malam Peperiksaan
  • Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
  • Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  • Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.


Pagi Sebelum Peperiksaan
  • Jangan lupa ambil sarapan pagi
  • Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
  • Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
  • Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  • Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
 MEMULAKAN PEPERIKSAAN
 

  • Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
 

MENJAWAB SOALAN


Soalan Objektif
  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
  • Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
  • Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.

Soalan Esei
  • Pilih soalan yang paling banyak isi
  • Kenalpasti bentuk soalan seperti :
 
BENTUK SOALAN
PENERANGAN
Huraikanpenerangan terperinci dan jelas
Bincangkankemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikanmaksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakantulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkanfaktor yang sama dan tidak sama
Bezakanfaktor yang tidak sama
Jelaskanterangkan supaya mudah difahami
Definisikantakrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritikpenilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskanidea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasirajah atau carta untuk menerangkan sesuatu
 
  • Mulai menjawab dengan tenang
  • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
  • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
  • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
  • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
  • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
  • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
  • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.

BENGKEL 'OUTREACH' MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2011

Pada 19-21 Oktober 2011..Beberapa orang pelajar telah dipilih untuk menyertai BENGKEL 'OUTREACH' MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2011 yang berlangsung di HOTEL SELESA,PASIR GUDANG,JOHOR..Program ini dianjurkan untuk membina sebuah BLOG untuk Unit Bimbingan & Kaunseling untuk sekolah..Program ini juga memberi pengalaman yang baru untuk pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih luas tentang cara untuk membuat  BLOG dan dapat menggunakannya dengan betul..Pelajar juga dapat berhubung dengan kenalan-kenalan lain melalui BLOG..







Aktiviti Pelajar Tingkatan 3 Selepas PMR 2011

Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah pun berlalu, maka bermulalah suasana yang berbeza bagi semua pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Agama Bandar Penawar.

Buat masa ini, setiap hari persekolahan kami diisi dengan aktiviti yang telah dijadualkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dan boleh memberi jasa kepada pihak sekolah.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan  telah pun kami selitkan dalam paparan multimedia di bawah :



35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Profil Sekolah.

Sejarah Penubuhan Sekolah.

     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar telah ditubuhkan pada tahun 1993.Sekolah ini terletak kira-kira 5KM dari Bandar Kota Tinggi.Meliputi kawasan 30 hektar iaitu 10 hektar digunakan untuk kawasan sekolah.

     Kewujudan sekolah ini atas komitmen Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Johor yang mahu mewujudkan sekolah berasrama penuh yang subjek Bahasa Arab merupakan pelajaran wajib yang harus dipelajari.

     Dengan usahasama dan sokongan daripada pelbagai pihak maka wujudlah sekolah ini.Pada peringkat awal penubuhan,sekolah ini kekurangan alatan dan sanitasi asas tetapi dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah,kekurangan ini dapat diatasi.

     Mulai 16 November 1993,sekolah ini beroperasi dengan menggembleng tenaga seorang Pengetua iaitu Tuan Haji Abdullah bin Muhidin dengan Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.Pada 16 November 1993,pendaftaran dan mesyuarat pertama guru bermula.Pada ketika itu hanya 11 orang guru sahaja yang mula bertugas.
     
     Kerja-kerja mengemas sekolah dan asrama diselenggarakan mulai tarikh ini sementara menantikan kehadiran pelajar dalam bulan Disember.Pada 20 Disember pendaftaran kumpulan pertama pelajar tingkatan 4 seramai 60 orang diikuti kumpulan kedua pada 1 Januari 1994.Terdapan 2 aliran yang dapat diwujudkan disekolah ini bagi pelajar menengah atas iaitu aliran sains dan aliran agama.

MISI dan VISI.


MISI
 "BERILMU,BERIMAN,BERAMAL"

VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG"


MATLAMAT.
  • Mendidik pelajar dengan keperbadian Islam.
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat,kreativiti,sahsiah dan kepimpinan.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara.
OBJEKTIF.
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak yang mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh deiteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam meghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan Ummah.

Tips Pembelajaran...


PEMBINAAN MATLAMAT

Anda telah punya matlamat? Belum lagi...? Mmm... seharusnya kita telahpun menetapkan apakah sasaran hidup kita.

Sebenarnya matlamat dan cita-cita adalah perkara yang sama. Setiap daripada kta tentu mempunyai matlamat masing-masing yang ingin dicapai.

Apakah kepentingan mempunyai matlamat?
Sudah tentu jawapannya adalah untuk memastikan hidup kita mempunyai haluan. Tidak timbullah nanti soal hilang arah tuju. Matlamat penting dalam memastikan setiap detik usia yang kita lalui ini mempunyai arah dan memberi manfaat sama ada kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.

Bagaimana membentuk matlamat?
Matlamat boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian kepada perkara-perkara berikut :
  • kemampuan dan keupayaan diri
  • keperluan
  • kesesuaian dengan masa dan tempat
  • faedah yang diperoleh ; sama ada lebih membawa kebaikan atau sebaliknya
  • persekitaran sama ada secara fizikal, material mahupun sumber manusia yang boleh membantu kita
  • jangka masa sesuatu matlamat ingin dicapai dan boleh dicapai

Walau bagaimanapun, sesuatumalamat itu seharusnya realistik dengan diri kita. Biarlah kita bermula dengan sesuatu yang kecil, tetap kemudiannya usaha ditambah ke arah pencapaian yang lebih besar.

Apapun, sesuatu matlamat itu seharusnya diiringi dengan Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berusaha mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada yang lebih baik kepada yang terbaik, insyaALLAH...

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHUN 2011

Penaung :            Pn Hajah Che Selamah Bt Che Nik
  
Guru Penasihat :  En Mohd Ariffin Bin Zainal
                             Pn Siti Khadijah Bt Mohamad Halid

Pengerusi :          Ahmad Sidiqi Bin Shuhaimi

Naib Pengerusi : Nor Adibah Bt. Rahmat

Setiausaha :        Muhammad Azimudddin Anwar Bin Amir Hamzah

Pen.Setiausaha : Nur Nabila Afiqa Bt. Roze 

Bendahari :        Mohamad Nasrul Hadi Bin Mohd Ayop

Pen.Bendahari : Nuralya Ashikin Bt. Md Nor

AJK :                  Mohamad Hazim B. Ishak
                            Muhammad Nasiruddin B. Halim
                            Mohd Amir B. Adzhar
                            Nazurah Bt. Azmi
                            Nur Amnizzah Bt. Mohd Bahrin
                            Nur Farina Nabila Bt. Mohd Supai
Pemeriksa 
Kira-kira:           Muhammmad Amsyar B. Mohd Ariffin
                            Nurulhaziqah Bt. Mohamad Zin