Motivasi diri – 5 tips menggesa diri untuk berubah

         Cara terbaik untuk menggesa diri ke arah perubahan adalah dengan menggambarkan hasil perubahan yang kita mahukan. Mungkin Anda nak mengubah aspek perhubungan, kesihatan, kerjaya, sikap atau kewangan. Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah dengan menulis dalam bentuk teks. Perkataan yang kita tulis cepat mempengaruhi gambaran minda kita.

Tuliskan aspek hidup yang Anda nak ubah kemudian tuliskan hasil akhir perubahan itu. Kita ubah diri kita supaya kita dapat membina peribadi cemerlang dan dari situ kita dapat mencapai bermacam-macam tahap kecemerlangan. Sebab, sikap kita akan menentukan tahap pencapaian kita.

Misalnya, saya amik contoh Anda nak mengubah diri menjadi seorang yang amat rajin, iaitu perubahan sikap. Langkahnya, gambarkan diri Anda menjadi seorang yang rajin, sentiasa melakukan kerja dan Anda merasa selesa dengan kerajinan itu (bukan dipaksa-paksa). Tuliskan ciri-ciri kerajinan yang Anda nak ada pada diri Anda misalnya rajin datang awal di waktu pagi, rajin menolong kawan, rajin membaca, rajin bertanya, rajin mengkaji, rajin berusaha.

Untuk mengekalkan perubahan yang Anda mahu, gunakan afirmasi ringkas. Sebagai contoh, tuliskan begini: “aku dalam proses membentuk diriku menjadi orang rajin”. Afirmasi bila digabung dengan usaha dan gambaran minda, kesannya boleh menjadi kekal. Syaratnya, selalulah gunakan ayat “aku dalam proses membentuk diriku menjadi….”

Anda dapat tahu Anda ada gesaan untuk berubah apabila Anda merasa ia ada harapan untuk dilakukan, tak ada keraguan dan langsung tak ada rasa sangsi di hati Anda. Perasaan ni mendorong Anda untuk berubah tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Perubahan akan mula tercetus apabila Anda merasa Anda sudah tidak mahu berada dalam tahap sekarang ini. Apabila Anda sudah tidak puas hati dengan hidup Anda, tahap pencapaian Anda, kewangan Anda, itu maknya Anda sedang dalam proses menggesa diri untuk berubah.

Sebagai penutup, berikut adalah 5 tips menggesa diri untuk berubah:
1. Gambarkan perubahan yang Anda mahu.
2. Tulis.
3. Baca selalu apa yang kita dah tulis.
4. Gunakan ayat afirmasi “aku dalam proses membentuk diriku menjadi…”
5. Bayangkan selalu perubahan yang kita mahu capai.
6. Ulang-ulangkan selalu ayat afirmasi tu di ingatan.

Motivasi Kejayaan – Orang Minda Tahap Rendah Dan Orang Minda Tahap Tinggi

Orang minda tahap rendah, akan kerap bercakap pasal hal orang lain.
Orang minda tahap tinggi, akan kerap bercakap pasal idea dan kejayaan.
Ketahuilah orang dengan minda bertahap rendah kerap bercakap pasal hal orang lain kerana itu menghiburkan mereka, menyeronokkan dan semakin dibuat, semakin syok rasanya. Orang yang kerap bercakap pasal hal orang lain akan kerap membandingkan orang itu dengan dirinya sendiri. Dalam sesetengah keadaan, mereka kerap bercakap pasal diri sendiri. Menampakkan mereka lebih bagus.
Sikap begini adalah sikap negatif. Hentikan. Jika Anda dapati Anda sudah selalu jadi begini, hentikan segera.
Sebab, sikap begitu meracuni fikiran positif yang cuba Anda bina sekarang ini. Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan. Apa saja yang positif, sifatnya membina.
Orang bersikap positif biasanya akan mengelak dari bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan orang itu, kegagalan orag lain, keaiban orang lain. Namun orang bersikap positif cukup teruja bercakap mengenai kejayaan, mengenai pencapaian dan mengenai idea-idea baru atau strategi baru.
Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam. Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.
Orang yang banyak bercakap seolah-olah dia tahu segala, sebenarnya orang itulah yang masih kurang ilmunya. Orang sebegini akan banyak Anda jumpa di sekeliling Anda. Ketahuilah mereka sebenarnya orang dengan minda tahap rendah.
Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan. Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan mengomen.
Jadi, orang cemana yang Anda mahu jadi? Orang minda tahap rendah atau orang minda tahap tinggi? Untuk berjaya dalam hidup, Anda perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi.
Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang ngam.

5 Tips Menghadapi Peperiksaan

Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara adik-adik yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal adik-adik terima itu sukar? Persoalan itu hanya adik-adik sahaja yang boleh menjawabnya.
Tetapi adik-adik jangan bimbang, kami di Innovology mungkin boleh memberi beberapa tips yang boleh adik-adik gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh adik-adik cuba:

1. Mengulangkaji pelajaran

Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu adik-adik tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan adik-adik selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan adik-adik.

2. Buat persiapan awal

Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil adik-adik tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu adik kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu adik-adik akan merasa gementar, dada adik-adik akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri adik-adik? Adik-adik akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan adik-adik lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan adik-adik menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama adik-adik pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah adik-adik boleh menjawab dengan tenang :)

3. Tidur awal dan rehat secukupnya

Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak jadual betul-betul!

Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.

5. Berdoa dan bertawakal

Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.
Kami di Innovology berharap artikel ini dapat membantu adik-adik ketika menduduki peperiksaan nanti. Selamat maju jaya Innovology ucapkan! InsyaAllah :)

Teknik Belajar Berkesan


Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV
  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
     

   MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
MASA BELAJAR WAKTU SUBUH




Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Teknik Belajar PV3R
  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan
  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA