LAWATAN KE LEGOLAND

  Pada 27 Oktober 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar                                        Penawar telah membuat lawatan ke Taman Tema Legoland Malaysia sempena program selepas PMR. Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah disana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membina model robot, melawat ke 'MINILAND' dimana replika Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan lain-lain dibina menggunakan bongkah-bongkah pencantuman...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAMAN TEMA LEGOLAND


.

AKTIVITI SELEPAS PMR

  Tanggal 16 Oktober 2012, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah melabuhkan tirainya. Dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar telah merencanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada semua putera-puteri tingkatan 3 SMK Agama Bandar Penawar (SMKABP). Antaranya ialah bacaan Yaasin pada setiap pagi , menunaikan solat sunat hajat & dhuha secara berjemaah ,menceriakan lanskap sekolah dan lain-lain .Selain itu ,terdapat juga kursus-kursus yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Institut Kemahiran Belia Negara cawangan Bandar Penawar.Antaranya kursus berenang ,perhotelan ,fotografi dan lain-lain.




Aktiviti Di Surau


Aktiviti Memanaskan Badan


Sedikit Penerangan Daripada Jurulatih


Pelajar Gembira Mengikuti Aktiviti


Aktiviti Menceriakan Landskap Sekolah


Pelajar Bersungguh-sungguh Menyiapkan Mural


Mengecat Kawasan Sekolah


Guru Pembimbing Sedang Memberi Maklumat


Sesi Penggambaran


Pelajar Sedang Membuat Apam Polkadot


Guru Sedang Memberi Tunjuk Ajar


Hasil Daripada Pelajar Perempuan



Segala aktiviti telah dijalankan dengan sempurna dan para pelajar mengikuti setiap aktiviti yang di anjurkan dengan gembira.
     

KEM KEPIMPINAN NADWAH NEGERI

Tanggal 30/03-01/04 beberapa orang pelajar daripada kalangan pelajar tingkatan 4 diutuskan ke SMK Agama Segamat untuk mengikuti kem kepimpinan peringkat negeri Johor . Seramai 46 orang orang penuntut SMKABP dan pelajar-pelajar SMKA dari seluruh negeri Johor telah mengikuti program ini. Program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar islam untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.










GURU PENYAYANG




PADA 9 MAC 2012 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR TELAH MENGADAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG. PROGRAM INI TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN AL-FALAH. PROGRAM GURU PENYAYANG IALAH SATU PROGRAM UNTUK MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DALAM DIRI GURU SEKALI GUS MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA GURU DAN PELAJAR . PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH PN HJH CHE SELAMAH BT CHE NIK ,PENGETUA SMK AGAMA BANDAR PENAWAR .








MINGGU ANTI DADAH



     PADA 05-08/03/2012 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR TELAH MENGADAKAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH BERTEMPAT DI DEWAN AL-FALAH . DISERTAI OLEH SEMUA WARGA PENUNTUT SMK AGAMA BANDAR PENAWAR. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN LESEDARAN TENTANG KEBURUKAN PENGAMBILAN DADAH. SEPANJANG MINGGU INI , TERDAPAT  PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG DIADAKAN. ANTARANYA IALAH MELUKIS POSTER , SKETSA , MELUKIS KAIN RENTANG , KUIZ ANTIDADAH DAN SEBAGAINYA.













LAWATAN UPSI DAN DARUL QURAN




PADA 2-3/03/2012 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TELAH MENGANJURKAN LAWATAN KE UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI) DAN DARUL QURAN (DQ) 34 ORANG PELAJAR DAN BEBERAPA ORANG GURU YANG TURUT SERTAI LAWATAN TERSEBUT . PELAJAR-PELAJAR TERSEBUT TERDIRI DARIPADA KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA . LAWATAN TERSEBUT DIADAKAN SELAMA 2 HARI 1 MALAM . KAMI TIBA DI DARUL QURAN KIRA-KIRA JAM 2 PETANG . DI SANA, KAMI TELAH DIBERI TAKLIMAT SERBA SEDIKIT MENGENAI LATAR BELAKANG DAN CARA KEMASUKAN KE DARUL QURAN . KAMI JUGA BERPELUANG UNTUK MELIHAT BEBERAPA PAMERAN AL-QURAN YANG TERDAPAT DALAM PELBAGAI VERSI . SELEPAS MENUNAIKAN SOLAT ASAR DI SANA , KAMI BERGERAK KE UPSI . JAM 8.00 MALAM KAMI TIBA DI UPSI . KETIBAAN KAMI DISANA DISAMBUT OLEH BEBERAPA ORANG MAHASISWA . PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIANJURKAN OLEH PIHAK UPSI. KAMI TELAH BERMALAM DI UPSI DAN BERGERAK PULANG PADA KEESOKAN HARINYA PADA JAM 12.30 TENGAH HARI. 




ORIENTASI FASA 2




     ORIENTASI FASA 2 TELAH DIADAKAN PADA KHAMIS-JUMAAT  IAITU 12-13/01/2012 SELAMA 3 HARI 2 MALAM . SERAMAI 160 ORANG PELAJAR TINGKATAN 1 YANG TELAH TERLIBAT DALAM PROGRAM TERSEBUT. PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG TELAH DIJALANKAN . ANTARANYA IALAH EXPLORACE, ICE BREAKING , LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) DAN SEBAGAINYA . PROGRAM TERSEBUT TELAH BERAKHIR PADA JAM 10.00 YANG DIRASMIKAN OLEH GURU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING , EN. ARIFFIN B. ZAINAL.












Usaha Tangga Kejayaan...TAHNIAH!

Assalamualaikum W.B.T

21 Mac 2012 merupakan tarikh yang amat penting dan bermakna bagi para pelajar lepasan SPM SMKABP 2011 di mana pada tarikh ini,semua penat lelah dan tungkus lumus mereka dalam menghadapi peperiksaan awam SPM akan diisytiharkan.Kesemua bekas pelajar2 SMKABP 2011 telah bersama-sama berkumpul di Dewan Al-Falah untuk menerima keputusan SPM mereka.Terima kasih daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling di atas sumbangan yang amat besar daripada mereka semua yang telah mendapat keputusan yang amat cemerlang.Terima kasih juga diucapkan kepada dua orang pelajar sekolah ini yang telah mendapat straight A's dalam SPM ini iaitu Nadhratulhidaayah bt Ismail dan Maizatul Aqilah bt Ahmad kerana telah berjaya mendapat 11 A seterusnya menaikkan nama sekolah.Syukur Alhamdulillah kepada Rabbul Izzati diatas rahmat dan kasih sayang yang telah diberikan olehnya...

Jutaan terima kasih juga kepada pihak sekolah dan tenaga pengajar SMKABP yang telah turut serta bertungkus-lumus berusaha untuk menaikkan nama sekolah.Jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat kami.Syukran Jazilan...

Kami semua berdoa agar anda mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti yang diimpikan yang menjamin masa depan anda kelak...

"Tidak Mustahil Untuk Berjaya"

TAHNIAH!!! STPM 2011 SMKABP CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

7 MAC 2012 menjadi tarikh keramat dan bersejarah untuk pelajar STPM 2011 dan SMK Agama Bandar Penawar kerana majlis pengishtiharaan keputusan STPM diadakan pada tarikh tersebut. Satu lagi lakaran sejarah sekolah dicipta oleh mereka. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami atas sumbangan yang cukup bermakna buat kami. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada pelajar STPM 2011 atas keputusan cemerlang anda dengan PNGK Keseluruhan 3.12 dan keputusan tersebut merupakan keputusan STPM terbaik Daerah Kota Tinggi Dan Kedua Terbaik Johor Bahru. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan atas rahmat yang diberikan oleh-NYA...

Tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah dan semua tenaga kerja yang telah menggembleng tenaga dalam usaha mewujudkan insan dan pelajar yang hebat dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Jasamu dikenang hingga ke akhirnya...

Kami mendoakan agar anda memperoleh peluang pendidikan yang terbaik untuk masa depan anda yang lebih cerah dan gemilang.....



Serangkai Kata Pembuka Bicara


Gambar Pengetua Kami




Kata Kata Aluan Pengetua

ORIENTASI SECOND TAKE 2012 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR

Pada 3 Januari Sehingga 5 Januari , Unit Bimbingan dan Kaunseling dan barisan pembimbing rakan sebaya telah menegelola Minggu Tautan Silaturrahim khusus untuk pelajar - pelajar tingkatan 1 dan4 yang baru mendaftar pada sesi tahun 2012 . Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai situasi dan suasana baru persekolahan serta memupuk semangat muhibah sesama warga sekolah dan asrama . Pelbagai aktiviti telah dijalankan , antaranya ialah ice breaking , explorace , ceramah dan beberapa latihan dalam kumpulan . Aktiviti-aktiviti ini telah diuruskan oleh ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan guru-guru kaunseling iaitu En.Ariffin dan Pn.Khadijah . Pada akhir program ini , para peserta dapat memiliki daya juang yang tinggi untuk menjalani kehidupan di asrama .

Explorace

Makan di dewan makan :)

Aktiviti berkumpulan
http://www.youtube.com/watch?v=SJUxm23EAvU

Laman Rasmi di Facebook bagi Unit Bimbingan Kaunseling SMKABP

Dengan ini diumumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar telah mempunyai laman rasmi di laman sesawang Facebook. Laman ini telah ditubuhkan agar senang bagi para pelawat blog ini menanyakan soalan atau mengajukan pendapat. Kini, jika anda ada sebarang masalah atau kemusykilan anda BOLEH BERTANYA TERUS kepada pihak kami. Laman  ini akan sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa dan juga kami akan memberitahu sebarang info baru atau pengumuman penting di laman ini agar anda sentiasa dapat maklumat terkini.



sila layari link tersebut : https://www.facebook.com/UBK.SMKABP