Usaha Tangga Kejayaan...TAHNIAH!

Assalamualaikum W.B.T

21 Mac 2012 merupakan tarikh yang amat penting dan bermakna bagi para pelajar lepasan SPM SMKABP 2011 di mana pada tarikh ini,semua penat lelah dan tungkus lumus mereka dalam menghadapi peperiksaan awam SPM akan diisytiharkan.Kesemua bekas pelajar2 SMKABP 2011 telah bersama-sama berkumpul di Dewan Al-Falah untuk menerima keputusan SPM mereka.Terima kasih daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling di atas sumbangan yang amat besar daripada mereka semua yang telah mendapat keputusan yang amat cemerlang.Terima kasih juga diucapkan kepada dua orang pelajar sekolah ini yang telah mendapat straight A's dalam SPM ini iaitu Nadhratulhidaayah bt Ismail dan Maizatul Aqilah bt Ahmad kerana telah berjaya mendapat 11 A seterusnya menaikkan nama sekolah.Syukur Alhamdulillah kepada Rabbul Izzati diatas rahmat dan kasih sayang yang telah diberikan olehnya...

Jutaan terima kasih juga kepada pihak sekolah dan tenaga pengajar SMKABP yang telah turut serta bertungkus-lumus berusaha untuk menaikkan nama sekolah.Jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat kami.Syukran Jazilan...

Kami semua berdoa agar anda mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti yang diimpikan yang menjamin masa depan anda kelak...

"Tidak Mustahil Untuk Berjaya"

TAHNIAH!!! STPM 2011 SMKABP CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

7 MAC 2012 menjadi tarikh keramat dan bersejarah untuk pelajar STPM 2011 dan SMK Agama Bandar Penawar kerana majlis pengishtiharaan keputusan STPM diadakan pada tarikh tersebut. Satu lagi lakaran sejarah sekolah dicipta oleh mereka. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami atas sumbangan yang cukup bermakna buat kami. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada pelajar STPM 2011 atas keputusan cemerlang anda dengan PNGK Keseluruhan 3.12 dan keputusan tersebut merupakan keputusan STPM terbaik Daerah Kota Tinggi Dan Kedua Terbaik Johor Bahru. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan atas rahmat yang diberikan oleh-NYA...

Tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah dan semua tenaga kerja yang telah menggembleng tenaga dalam usaha mewujudkan insan dan pelajar yang hebat dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Jasamu dikenang hingga ke akhirnya...

Kami mendoakan agar anda memperoleh peluang pendidikan yang terbaik untuk masa depan anda yang lebih cerah dan gemilang.....