LAWATAN KE LEGOLAND

  Pada 27 Oktober 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar                                        Penawar telah membuat lawatan ke Taman Tema Legoland Malaysia sempena program selepas PMR. Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah disana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membina model robot, melawat ke 'MINILAND' dimana replika Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan lain-lain dibina menggunakan bongkah-bongkah pencantuman...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAMAN TEMA LEGOLAND


.

AKTIVITI SELEPAS PMR

  Tanggal 16 Oktober 2012, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah melabuhkan tirainya. Dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar telah merencanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada semua putera-puteri tingkatan 3 SMK Agama Bandar Penawar (SMKABP). Antaranya ialah bacaan Yaasin pada setiap pagi , menunaikan solat sunat hajat & dhuha secara berjemaah ,menceriakan lanskap sekolah dan lain-lain .Selain itu ,terdapat juga kursus-kursus yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Institut Kemahiran Belia Negara cawangan Bandar Penawar.Antaranya kursus berenang ,perhotelan ,fotografi dan lain-lain.




Aktiviti Di Surau


Aktiviti Memanaskan Badan


Sedikit Penerangan Daripada Jurulatih


Pelajar Gembira Mengikuti Aktiviti


Aktiviti Menceriakan Landskap Sekolah


Pelajar Bersungguh-sungguh Menyiapkan Mural


Mengecat Kawasan Sekolah


Guru Pembimbing Sedang Memberi Maklumat


Sesi Penggambaran


Pelajar Sedang Membuat Apam Polkadot


Guru Sedang Memberi Tunjuk Ajar


Hasil Daripada Pelajar Perempuan



Segala aktiviti telah dijalankan dengan sempurna dan para pelajar mengikuti setiap aktiviti yang di anjurkan dengan gembira.