Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 telah dikenali sebagai “Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat” dan kini melalui penjenamaan semula disebut dengan nama “Karnival Pengajian Tinggi Negara”.
Tagline “JOM MASUK U” telah digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2010.

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.
Pada tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal April.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012


Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
TarikhLokasi
14 – 15 JanuariPusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 JanuariTerengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 FebruariStadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
11 –12 FebruariSuria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 FebruariSunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
25 – 26 FebruariStadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 MacPort Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 MacPermata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 MacKuala Kangsar, Perak
24 – 25 MacPERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 AprilMINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.