Pada 16 haribulan Januari 2013 , bersamaan hari Rabu ,  Sekolah kami telah mengadakan Minggu Tautan Silaturahim atau lebih dikenali sebagai Orientasi antara pelajar Tingkatan 1 pengambilan ke-dua bersama Fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 dan selebihnya urusetia Tingkatan 2 dan 3..

Selama berlangsungnya Orientasi ini , kami banyak memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat kepada adik-adik Tingkatan Satu akan cara dan tatasusila kehidupan di asrama.. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menceriakan pelajar Tingkatan Satu ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang antaranya adalah ikat kaki bersama belon , hujan biru , kasutku kasutmu juga , dan pelbagai lagi..


Peserta sedang menunggu aturcara bermula



Peserta sedang berasak mencari kasut masing masing


Peserta dibawa ke dewan makan untuk minum petang


Ceramah di antara waktu solat Maghrib dan Isyak

Minggu Tautan Silaturahim ini berlangsung selama 3 hari di sekitar kawasan sekolah kami iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar , Kota Tinggi , Johor.. 

Walaupun para peserta kelihatan penat akan tetapi muka mereka tetap di hiasi dengan senyuman yang begitu bermakna kepada kami sebagai Fasilitator yang juga telah berhempas pulas mencari idea untuk menggembirakan adik-adik kami ini..