AKTIVITI SELEPAS PMR
Monday, 29 October 2012 21:16
Posted by Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar
Tanggal 16 Oktober 2012, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah melabuhkan tirainya. Dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar telah merencanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada semua putera-puteri tingkatan 3 SMK Agama Bandar Penawar (SMKABP). Antaranya ialah bacaan Yaasin pada setiap pagi , menunaikan solat sunat hajat & dhuha secara berjemaah ,menceriakan lanskap sekolah dan lain-lain .Selain itu ,terdapat juga kursus-kursus yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Institut Kemahiran Belia Negara cawangan Bandar Penawar.Antaranya kursus berenang ,perhotelan ,fotografi dan lain-lain.
KEM KEPIMPINAN NADWAH NEGERI
Sunday, 20 May 2012 18:59
Posted by Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar
Tanggal 30/03-01/04 beberapa orang pelajar daripada kalangan pelajar tingkatan 4 diutuskan ke SMK Agama Segamat untuk mengikuti kem kepimpinan peringkat negeri Johor . Seramai 46 orang orang penuntut SMKABP dan pelajar-pelajar SMKA dari seluruh negeri Johor telah mengikuti program ini. Program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar islam untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
GURU PENYAYANG
18:35
Posted by Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar













