En Mohd Ariffin Bin Zainal
  • Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Bimbingan & Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia
  • Mula Berkhidmat di Sekolah Ini : 2007
















Pn Siti Khadijah Bt Mohmad Khalid
  • Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, UPSI
  • Mula Berkhidmat di Sekolah Ini : 28 Disember 2009  
  • E-mel : pink_roses3012@yahoo.com


Peranan dan Tanggungjawab Kaunselor

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  • Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
    Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  • Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  • Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  • Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  • Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
    Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  • Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  • Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  • Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  • Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  • Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  • Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
  • Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya