1-Apakah Syarat Kemasukan Ke SMKA?


Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minima berikut :

Tingkatan Satu
1. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR
2. Boleh membaca Al- Quran
3. Boleh menulis jawi
4. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
5. Berumur 13 tahun ke bawah


Tingkatan Empat
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang


Tingkatan Enam Rendah
1. Lulus SPM
2. Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab     Tinggi
4. Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah     Islamiah
5. Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA matapelajaran 
6. Berumur antara 17 dan 20 tahun



Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Memasuki SMKA?




1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut :
    i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
    ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
    iii.Surat Tamat Sekolah Rendah
    iv.Sijil- sijil ( jika ada )

Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan. Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan.

Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.


2-APA ITU PRS?
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, social atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan siswa merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Siswa Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Siswa dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

APAKAH PERANAN PRS ?
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Ini menuntut pengorbanan perasaan dengan cuba merasai apa yang orang lain rasa, apa yang rakan anda rasa. Pepatah 'cuba masukkan kaki anda dalam kasut orang lain'. Ini menuntut penghayatan terhadap masalah orang lain, jika ia berlaku seperti kita. Oleh itu, belajarlah merasa sakit apabila melihat orang lain sakit, belajarlah hayati kesedihan apabila orang bersedih dan belajarlah hargai kegembiraan apabila melihat orang lain gembira.
Sebagai khidmat sokongan, membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Keikhlasan untuk membantu perlu lahir dari diri sendiri. Menggerakkan unit, membantu dan sebagainya perlu dating dari dalam hati sendiri.
Sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
Sebagai kawan kepada pelajar, tentunya ahli PRS mendapat banyak maklumat, menerima aduan dan rintihan rakan-rakan. Ini boleh disampaikan kepada kaunselor untuk membantu rakan-rakan yangmemerlukan.
Sebagai contoh kepada pelajar lain. Ahli PRS akan menjadi orang contoh kepada pelajar lain. Maka sahsiah ahli PRS tentulah perlu tinggi dan sentiasa boleh dijadikan contoh teladan kepada orang lain.


 APAKAH PRINSIP PRS ?
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Prinsip ini menekankan bahawa ahli PRS hendaklah membersihkan hati dan bertekad sesungguhnya bersedia dan dengan rela hati membantu orang lain tanpa sempadan agama bangsa kedudukan perlakuan dan fizikal. Ini bererti pilih kasih, berat sebelah dan diskriminasi secara total perlu dielakkan oleh ahli PRS dalam menjalankan tugas mereka.

MOTO
‘ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN ’