Sejarah Penubuhan Sekolah.

     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar telah ditubuhkan pada tahun 1993.Sekolah ini terletak kira-kira 5KM dari Bandar Kota Tinggi.Meliputi kawasan 30 hektar iaitu 10 hektar digunakan untuk kawasan sekolah.

     Kewujudan sekolah ini atas komitmen Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Johor yang mahu mewujudkan sekolah berasrama penuh yang subjek Bahasa Arab merupakan pelajaran wajib yang harus dipelajari.

     Dengan usahasama dan sokongan daripada pelbagai pihak maka wujudlah sekolah ini.Pada peringkat awal penubuhan,sekolah ini kekurangan alatan dan sanitasi asas tetapi dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah,kekurangan ini dapat diatasi.

     Mulai 16 November 1993,sekolah ini beroperasi dengan menggembleng tenaga seorang Pengetua iaitu Tuan Haji Abdullah bin Muhidin dengan Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.Pada 16 November 1993,pendaftaran dan mesyuarat pertama guru bermula.Pada ketika itu hanya 11 orang guru sahaja yang mula bertugas.
     
     Kerja-kerja mengemas sekolah dan asrama diselenggarakan mulai tarikh ini sementara menantikan kehadiran pelajar dalam bulan Disember.Pada 20 Disember pendaftaran kumpulan pertama pelajar tingkatan 4 seramai 60 orang diikuti kumpulan kedua pada 1 Januari 1994.Terdapan 2 aliran yang dapat diwujudkan disekolah ini bagi pelajar menengah atas iaitu aliran sains dan aliran agama.

MISI dan VISI.


MISI
 "BERILMU,BERIMAN,BERAMAL"

VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG"


MATLAMAT.
  • Mendidik pelajar dengan keperbadian Islam.
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat,kreativiti,sahsiah dan kepimpinan.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara.
OBJEKTIF.
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak yang mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh deiteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam meghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan Ummah.