Cara terbaik untuk menggesa diri ke arah perubahan adalah dengan menggambarkan hasil perubahan yang kita mahukan. Mungkin Anda nak mengubah aspek perhubungan, kesihatan, kerjaya, sikap atau kewangan. Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah dengan menulis dalam bentuk teks. Perkataan yang kita tulis cepat mempengaruhi gambaran minda kita.

Tuliskan aspek hidup yang Anda nak ubah kemudian tuliskan hasil akhir perubahan itu. Kita ubah diri kita supaya kita dapat membina peribadi cemerlang dan dari situ kita dapat mencapai bermacam-macam tahap kecemerlangan. Sebab, sikap kita akan menentukan tahap pencapaian kita.

Misalnya, saya amik contoh Anda nak mengubah diri menjadi seorang yang amat rajin, iaitu perubahan sikap. Langkahnya, gambarkan diri Anda menjadi seorang yang rajin, sentiasa melakukan kerja dan Anda merasa selesa dengan kerajinan itu (bukan dipaksa-paksa). Tuliskan ciri-ciri kerajinan yang Anda nak ada pada diri Anda misalnya rajin datang awal di waktu pagi, rajin menolong kawan, rajin membaca, rajin bertanya, rajin mengkaji, rajin berusaha.

Untuk mengekalkan perubahan yang Anda mahu, gunakan afirmasi ringkas. Sebagai contoh, tuliskan begini: “aku dalam proses membentuk diriku menjadi orang rajin”. Afirmasi bila digabung dengan usaha dan gambaran minda, kesannya boleh menjadi kekal. Syaratnya, selalulah gunakan ayat “aku dalam proses membentuk diriku menjadi….”

Anda dapat tahu Anda ada gesaan untuk berubah apabila Anda merasa ia ada harapan untuk dilakukan, tak ada keraguan dan langsung tak ada rasa sangsi di hati Anda. Perasaan ni mendorong Anda untuk berubah tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Perubahan akan mula tercetus apabila Anda merasa Anda sudah tidak mahu berada dalam tahap sekarang ini. Apabila Anda sudah tidak puas hati dengan hidup Anda, tahap pencapaian Anda, kewangan Anda, itu maknya Anda sedang dalam proses menggesa diri untuk berubah.

Sebagai penutup, berikut adalah 5 tips menggesa diri untuk berubah:
1. Gambarkan perubahan yang Anda mahu.
2. Tulis.
3. Baca selalu apa yang kita dah tulis.
4. Gunakan ayat afirmasi “aku dalam proses membentuk diriku menjadi…”
5. Bayangkan selalu perubahan yang kita mahu capai.
6. Ulang-ulangkan selalu ayat afirmasi tu di ingatan.