Karnival Jom Masuk U 2012
Wednesday, 11 January 2012 19:15
Posted by Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar
Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 telah dikenali sebagai “Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat” dan kini melalui penjenamaan semula disebut dengan nama “Karnival Pengajian Tinggi Negara”.
Tagline “JOM MASUK U” telah digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2010.
Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.
Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012
Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.
Pada tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal April.
Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012
Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh | Lokasi |
14 – 15 Januari | Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang |
28 – 29 Januari | Terengganu Trade Centre, Terengganu |
4 – 5 Februari | Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah |
11 –12 Februari | Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
18 – 19 Februari | Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang |
25 – 26 Februari | Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan |
3 – 4 Mac | Port Dickson, Negeri Sembilan |
10 – 11 Mac | Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak |
17 – 18 Mac | Kuala Kangsar, Perak |
24 – 25 Mac | PERSADA, Johor Bahru, Johor |
31 Mac – 1 April | MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor |
Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
This entry was posted on 19:15, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment