Pada 3 Januari Sehingga 5 Januari , Unit Bimbingan dan Kaunseling dan barisan pembimbing rakan sebaya telah menegelola Minggu Tautan Silaturrahim khusus untuk pelajar - pelajar tingkatan 1 dan4 yang baru mendaftar pada sesi tahun 2012 . Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai situasi dan suasana baru persekolahan serta memupuk semangat muhibah sesama warga sekolah dan asrama . Pelbagai aktiviti telah dijalankan , antaranya ialah ice breaking , explorace , ceramah dan beberapa latihan dalam kumpulan . Aktiviti-aktiviti ini telah diuruskan oleh ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan guru-guru kaunseling iaitu En.Ariffin dan Pn.Khadijah . Pada akhir program ini , para peserta dapat memiliki daya juang yang tinggi untuk menjalani kehidupan di asrama .

Explorace

Makan di dewan makan :)

Aktiviti berkumpulan
http://www.youtube.com/watch?v=SJUxm23EAvU